Wednesday, March 9, 2011

Panduan untuk sesiapa yang mahu kurus ;p

Assalamualaikum w.h.b.
This post i just C&P from this link
http://panduankurus.com/diet-rasullullah-s-a-w/.
Dapat pun thru Facebook.
So, kepada sesiapa yang nak kurus dan berdiet silalah amalkan Diet Rasulullah S.A.W. Lagi afdal dari mengamalkan diet2 bagus yang lain.

Photobucket



Diet Rasullullah S.A.W


Menurut kajian yang telah dibuat,kebanyakan penyakit yang datang adalah berpunca daripada makanan.Pemakanan yang tidak mengikut garis panduan yang betul sememangnya akan mengundang pelbagai jenis penyakit.

Hal inilah antara penyebab terjadinya berbagai penyakit seperti penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.

Sebagai umat Islam,kita seharusnya mencontohi rahsia diet yang diamalkan oleh Rasullulah. Baginda begitu mengambil berat akan soal pemakanan bagi menjamin kesihatan baginda dalam melakukan ibadat kepada Allah.

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayat baginda kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Sesungguhnya makan juga tergolong dalam ibadat.

Antara diet yang diamalkan oleh Rasulullah adalah:

a) Jangan makan DAGING bersama IKAN

b) Jangan makan IKAN bersama SUSU

c) Jangan makan IKAN bersama TELUR

d) Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

e) Jangan minum SUSU bersama CUKA

f) Jangan minum SUSU bersama DAGING

g) Jangan makan BUAH bersama SUSU CONTOH :- KOKTEL

h) Jangan makan AYAM bersama SUSU


ANTARA TIPS CARA MAKAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH:

Jangan makan buah setelah makan nasi , sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

Jangan sesekali tinggal makan malam .. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan mempercepatkan kita mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam terkandung ion positif sedangkan dalam ikan pula mengandung ion negatif, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Selain itu juga,Nabi juga turut mencegah seseorang itu meniup air yang panas.Menurut para ilmuan,molekul karbon dioksida (CO2) yang dihembus ke dalam molekul air (H2O) akan membentuk asid (CH2O3) yang boleh membahayakan kesihatan.
Berikut adalah beberapa garis panduan yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam mengekalkan kesihatan kita.Antaranya ialah:

Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan kurus dan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air yang berisi ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah yang mengandungi oksigen akan mengalir ke ruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari-jari tersebut. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis bahan yang membantu percernaan makanan)


*Semoga kita dapat mencontohi amalan pemakanan Rasullulah dalam mengekalkan kesihatan kita seterusnya dapat meningkatkan kualiti ibadat kita seharian. Badan yang sihat sudah tentu membolehkan kita beribadat kepada Allah dengan sempurna. Apa yang penting ialah kita semua dapat mengamalkan sunnah Rasullullah ini yang sering kali dilupakan oleh sesetengah umat baginda.Kami sentiasa MENYAYANGIMu Ya Rasullullah.

1 comment:

  1. salam.saya mahu tau dari kitab mana rujukan diet Rasulullah ini.bisa ngak saudari beritahu saya untuk saya membuat referensi..makasih.
    sila email kepada saya di norhaida.ramly@yahoo.com

    ReplyDelete